Mencari Madu Terbaik ?


Tahukah anda ? Menurut kajian sesetengah penyelidik mendapati bahawa madu yang terbaik dan paling sesuai dengan kita adalah madu tempatan bukannya madu yang berasal dari negara luar (madu import). Ini kerana lebah yang menghasilkan madu tempatan hidup bersama dengan persekitaran yang sama dengan kita. Maka sudah tentulah madu yang terhasil akan mengandungi unsur yang memenuhi dan bertepatan dengan keperluan tubuh badan kita.

Subhanallah cuba kita renungi, inilah rahsianya kebesaran dan kehebatan Ilahi yang menjadikan terdapatnya madu di hampir semua negara dengan kepelbagaian rasa, warna dan aromanya!

Justeru itu, ingin ditegaskan di sini bahawa bukan bermakna madu import tidak baik, tetapi ada kemungkinan madu import tidak sesuai dengan keperluan tubuh kita. Jadi sebelum anda memilih untuk membeli madu, pastikan dahulu dari manakah madu itu berasal. Madu tempatan atau madu dari negara luar?

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan madu berjenama IKHTIAR MADU dijadikan sebagai madu pilihan utama dan terbaik untuk anda seisi keluarga. Ini kerana IKHTIAR MADU adalah madu tempatan yang berasal dari negara kita (iaitu dari hutan Pahang) dan 100 % madu tualang asli yang terjamin tinggi kualitinya, suci dan halal.