Ciri-Ciri Madu Tualang Asli

  1. Mempunyai warna yang  agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya  tinggi seperti ferum, kuprum dan magnesium. Jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi.
  2. Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan mendapan seperti gelang dipermukaan.
  3. Aroma  madu berbau haruman  bungaan disebabkan oleh bau pati debunga hutan.
  4. Rasanya manis sedap , sedikit  masam, agak kelat, sedikit perit dan menyengat bila ditelan. Rasa masam pada madu kerana wujudnya asid glukonik & beberapa asid lain secara semulajadi dalam madu.  Bukan rasa manis semata-mata seperti gula manisan.
  5. Pengamal minum madu,  biasanya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.