Apa IKHTIAR MADU ?




IKHTIAR MADU adalah  madu lebah hutan liar (Arpis dorsata ) yang diperolehi daripada hutan liar belantara Pahang Darul Makmur. 

Lebah hutan ini membuat sarang di dahan pokok-pokok yang tinggi terutamanya pokok tualang untuk berlindung daripada musuh-musuhnya, yang terdiri daripada musang, beruang, burung dan manusia. 




Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak tertinggi yang banyak terdapat di hutan Semenanjung Malaysia terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu.

Oleh itu madu ini lebih dikenali sebagai nama madu tualang, untuk membezakannya dari jenis madu yang lain seperti madu biasa (dipinggiran kampong),  madu ternak dan sebagainya.  




Justeru itu,  IKHTIAR MADU adalah madu tualang asli  (100%). Ianya di ambil dari hutan belantara, ditapis dan terus di botolkan sahaja tanpa mengalami proses pengilangan atau kimia bagi mengekalkan khasiat dan  keasliannya (tiada ditambah apa-apa bahan lain, tiada dicampur bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perasa tiruan dan sebagainya). 




IKHTIAR MADU juga telah dianalisis secara saintifik di MBH Food And Chemical Testing Laboratory (Report No. MIB/2010/66).


Apa Kelebihan IKHTIAR MADU Berbanding Madu Lain ?

Lebah ini mengunjungi pelbagai jenis bunga tumbuhan-tumbuhan liar  (poliflora) di hutan belantara, maka ia dapat menghasilkan madu dengan banyaknya dan  mempunyai khasiat yang tinggi.

Komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul jika dibanding madu jenis lain yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).




Madu Tualang diperakui oleh para penyelidik sebagai madu yang terbaik dan berkualiti  tinggi (dikategorikan madu Gred A).


Kajian penyelidik UPM (1995), mendapati bahawa MADU TUALANG, adalah 5 kali ganda khasiatnya berbanding madu lebah biasa/ ternak sebab ia mengandungi LEBIH BANYAK debunga, mineral, vitamin, enzim dan tiada gula tambahan.

Menurut Prof H.A Schuette (Jab. Kimia, Uni. Wisconsin), madu yang berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman adalah lebih baik. Ini kerana kandungannya sangat kaya dengan zat kuprum, besi dan magnesium yang baik untuk kesihatan.




Madu tualang asli berjenama IKHTIAR MADU adalah menepati ciri-ciri tersebut itu.

Tambahan pula, IKHTIAR MADU telah dibaca  dengan Ayat-ayat Al-Quran (Surah Pilihan, Ayat-ayat Syifa’ / Ruqyah), Selawat Nabi  dan  Doa Khusus,  InsyaAllah bagi menambahkan keberkatannya. 

Inilah yang membezakan IKHTIAR MADU dengan  jenama madu lain yang berada di pasaran. 

 Sama-samalah kita  berdoa kepada Ilahi agar mendapat  keberkesanan  yang positif dalam ikhtiar menjaga kesihatan  dan mencari penawar penyembuhan penyakit, dengan asbab IKHTIAR MADU.