Mencari Madu Terbaik ?


Tahukah anda ? Menurut kajian sesetengah penyelidik mendapati bahawa madu yang terbaik dan paling sesuai dengan kita adalah madu tempatan bukannya madu yang berasal dari negara luar (madu import). Ini kerana lebah yang menghasilkan madu tempatan hidup bersama dengan persekitaran yang sama dengan kita. Maka sudah tentulah madu yang terhasil akan mengandungi unsur yang memenuhi dan bertepatan dengan keperluan tubuh badan kita.

Subhanallah cuba kita renungi, inilah rahsianya kebesaran dan kehebatan Ilahi yang menjadikan terdapatnya madu di hampir semua negara dengan kepelbagaian rasa, warna dan aromanya!

Justeru itu, ingin ditegaskan di sini bahawa bukan bermakna madu import tidak baik, tetapi ada kemungkinan madu import tidak sesuai dengan keperluan tubuh kita. Jadi sebelum anda memilih untuk membeli madu, pastikan dahulu dari manakah madu itu berasal. Madu tempatan atau madu dari negara luar?

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan madu berjenama IKHTIAR MADU dijadikan sebagai madu pilihan utama dan terbaik untuk anda seisi keluarga. Ini kerana IKHTIAR MADU adalah madu tempatan yang berasal dari negara kita (iaitu dari hutan Pahang) dan 100 % madu tualang asli yang terjamin tinggi kualitinya, suci dan halal.

Madu Dengan Terapi Al-Quran

Sebaik-baik makanan dan ubat adalah segala sesuatu yang difirmankan Allah s.w.t dalam kitabnya dan disebutkan dalam sunnah Rasulullah s.a.w.

Mudah-mudahan mereka yang mengamalkan Ikhtiar Madu menemukan harapan kesembuhan (apa jua hajat yang diniatkan) dan manfaat dalam menjaga kesihatan dengan izinNya jua.

 

Sedia Untuk Dipos !


IKHTIAR MADU dimasukkan ke dalam kotak dan bungkusan sedia untuk diposkan ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Insya Allah selamat sampai ke anda dan botol kaca tidak pecah kerana dibalut dengan 'air bubble plastic'.

POS HARI INI --> Esok sampai bagi kawasan bandar --> Lusa bagi kawasan
luar bandar --> 3 hari bagi kawasan pedalaman.

Order IKHTIAR MADU ?


Harga IKHTIAR MADU adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan harga madu lain di pasaran. 

“ Cuba Dan Teruskan  Ikhtiar Anda Dengan IKHTIAR MADU, Moga Ada Keberkatannya ”

        Berat bersih :       350 gm                                    1 kg

     Harga siap pos : 
     Semenanjung       RM 35                              RM 85
     Sabah/Sarawak    RM 45                              RM 105


Dapatkan IKHTIAR MADU melalui pos terus ke rumah atau pejabat anda.
 Mudah, jimat dan 100% asli.

Hubungi | SMS | WhatsApp | < Saya nak order IM > hantar ke 019 - 3060 153.

Mesej anda akan dibalas untuk tindakan anda seterusnya.

Apa IKHTIAR MADU ?




IKHTIAR MADU adalah  madu lebah hutan liar (Arpis dorsata ) yang diperolehi daripada hutan liar belantara Pahang Darul Makmur. 

Lebah hutan ini membuat sarang di dahan pokok-pokok yang tinggi terutamanya pokok tualang untuk berlindung daripada musuh-musuhnya, yang terdiri daripada musang, beruang, burung dan manusia. 




Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak tertinggi yang banyak terdapat di hutan Semenanjung Malaysia terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu.

Oleh itu madu ini lebih dikenali sebagai nama madu tualang, untuk membezakannya dari jenis madu yang lain seperti madu biasa (dipinggiran kampong),  madu ternak dan sebagainya.  




Justeru itu,  IKHTIAR MADU adalah madu tualang asli  (100%). Ianya di ambil dari hutan belantara, ditapis dan terus di botolkan sahaja tanpa mengalami proses pengilangan atau kimia bagi mengekalkan khasiat dan  keasliannya (tiada ditambah apa-apa bahan lain, tiada dicampur bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perasa tiruan dan sebagainya). 




IKHTIAR MADU juga telah dianalisis secara saintifik di MBH Food And Chemical Testing Laboratory (Report No. MIB/2010/66).


Apa Kelebihan IKHTIAR MADU Berbanding Madu Lain ?

Lebah ini mengunjungi pelbagai jenis bunga tumbuhan-tumbuhan liar  (poliflora) di hutan belantara, maka ia dapat menghasilkan madu dengan banyaknya dan  mempunyai khasiat yang tinggi.

Komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul jika dibanding madu jenis lain yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).




Madu Tualang diperakui oleh para penyelidik sebagai madu yang terbaik dan berkualiti  tinggi (dikategorikan madu Gred A).


Kajian penyelidik UPM (1995), mendapati bahawa MADU TUALANG, adalah 5 kali ganda khasiatnya berbanding madu lebah biasa/ ternak sebab ia mengandungi LEBIH BANYAK debunga, mineral, vitamin, enzim dan tiada gula tambahan.

Menurut Prof H.A Schuette (Jab. Kimia, Uni. Wisconsin), madu yang berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman adalah lebih baik. Ini kerana kandungannya sangat kaya dengan zat kuprum, besi dan magnesium yang baik untuk kesihatan.




Madu tualang asli berjenama IKHTIAR MADU adalah menepati ciri-ciri tersebut itu.

Tambahan pula, IKHTIAR MADU telah dibaca  dengan Ayat-ayat Al-Quran (Surah Pilihan, Ayat-ayat Syifa’ / Ruqyah), Selawat Nabi  dan  Doa Khusus,  InsyaAllah bagi menambahkan keberkatannya. 

Inilah yang membezakan IKHTIAR MADU dengan  jenama madu lain yang berada di pasaran. 

 Sama-samalah kita  berdoa kepada Ilahi agar mendapat  keberkesanan  yang positif dalam ikhtiar menjaga kesihatan  dan mencari penawar penyembuhan penyakit, dengan asbab IKHTIAR MADU.

Khasiat IKHTIAR MADU

  • Menambahkan daya ketahanan tubuh dan awet muda.
  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Merangsang, membaiki dan menguatkan tenaga batin.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan.
  • Membersih, menambah serta membaiki aliran darah.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan memelihara jantung.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
  • Menyembuhkan penyakit dalam perut & mengelak cacing.
  • Memulihkan batuk, lelah, cirit-birit, luka dan parut.
  • Bantu tumbesaran janin dari segi fizikal, mental & spiritual.
  • Menguatkan minda dan kecerdasan kanak-kanak.
  • Baik untuk perempuan semasa hamil atau selepas bersalin.
  • Mengurangkan kesakitan bila datang haid / senggugut.

Bagaimana Cara Guna  IKHTIAR MADU ?

  • Baca Bismillah, Selawat , Al-Fatihah dan niatkan hajat.
  • Minum 1 sudu besar setiap hari, 2 kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan awal malam.
  • Boleh minum terus atau dicampur dengan segelas air.
  • Boleh dicampur telur ayam kampong untuk tenaga batin.
  • Boleh sapu pada kesan gigitan/sengatan serangga berbisa, luka kecil, melecur, gatal-gatal & bengkak.
  • Boleh guna mengikut petua terapi  seperti  yang terdapat dalam Facebook Ikhtiar Madu.

Ciri-Ciri Madu Tualang Asli

  1. Mempunyai warna yang  agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya  tinggi seperti ferum, kuprum dan magnesium. Jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi.
  2. Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan mendapan seperti gelang dipermukaan.
  3. Aroma  madu berbau haruman  bungaan disebabkan oleh bau pati debunga hutan.
  4. Rasanya manis sedap , sedikit  masam, agak kelat, sedikit perit dan menyengat bila ditelan. Rasa masam pada madu kerana wujudnya asid glukonik & beberapa asid lain secara semulajadi dalam madu.  Bukan rasa manis semata-mata seperti gula manisan.
  5. Pengamal minum madu,  biasanya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.

Berikhtiar Dengan Madu ?



Madu mempunyai tiga sifat unggul iaitu: penyembuhan (dari penyakit-penyakit), kemanisan dan kelembutan.

Ubat para doktor kesemuanya pahit, akan tetapi ubat Allah adalah manis iaitu madu. Kita juga mestilah memanjatkan doa serta beristigfar sebanyak-banyaknya kepada Allah s.w.t bagi memohon keampunannya dan penyembuhan penyakit-penyakit yang dialami.

Ubat-ubatan tidaklah boleh menyembuhkan kecuali apabila diizinkan oleh Allah s.w.t. Hakikatnya Allah jualah yang menyembuhkan kita.

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati dalil dari Al-Quran dan hadis yang menjadi rahsia di sebalik rahsia, terapi dengan madu dan simbolik  suatu nama  iaitu “IKHTIAR MADU”

1.   "Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan"    (Asy-Syu'araa: 80).

2.   "Dan Kami turunkan dari Al Quran  suatu yang menjadi penawar.." (Al-Israa': 82).

3.    Sehubungan dengan itu, Allah s.w.t telah berfirman : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada Lebah; “Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung, di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit.. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”(An-Nahl:68-69).

4.    Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran”.

5.    Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang makan madu tiga hari di dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa ke atasnya bala yang besar”.

 6.    "Kesembuhan itu terletak pada 3 kaedah: meminum madu, berbekam dan pemanasan dengan api. Tetapi aku melarang umatku mengubat dengan kaedah pemanasan dengan api." (Hadis Riwayat Bukhari).

7.    Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap penyakit ada ubatnya. Jika ubat itu mengenai penyakit, atas izin Allah ia akan sembuh" (Hadis Riwayat Muslim).

8.   Tiadalah minuman (utama) bagi saya sejak 20 tahun selain air kosong, susu dan madu" (Hadis Riwayat An-Nasaa'i).

9.   "Adalah minuman yang paling digemari Rasulullah s.a.w  ialah madu" (Hadis Riwayat Bukhari).

10.   Menurut Imaam Adz-Dzahabi, perbuatan Rasulullah s.a.w membuka sarapan pagi dengan cara 'at-tunuub' iaitu minum madu dengan air kosong sebelum sarapan.."merupakan suatu rahsia yang luar biasa dalam perkara memelihara kesihatan !"

11.   Diriwayatkan mengenai Nabi Sulaiman a.s bahawa beliau pernah bersabda: "Pergi dan carilah kamu akan madu lebah (yang bagus) dan kamu pergunakanlah dia, kerana padanya terdapat banyak manfaat dan banyak kebaikan."